Remaja Kudat Lemas Ketika Memancing

Remaja Kudat Lemas Ketika Memancing

0
SHARE
Bomba
Mayat mangsa ditemui dengan pulau disebut kelihatan di belakang ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KUDAT, SABAH – Seorang remaja berusia 16 tahun lemas kepenatan berenang ke arah ‘pulau’ pada sungai di Empangan Milau, Jalan Garau, sini, demi lokasi menangkap ikan yang “lebih baik” semalam.

Mangsa yang dikenali pasukan Bomba sebagai Ryan gagal bertemu dengan tiga lagi rakannya yang telah dahulu sampai ke kawasan tanah di tengah sungai itu.

Seorang rakan lagi yang bersamanya bertindak menukar arah untuk berenang ke darat bagi mendapatkan bantuan.

Pasukan Bomba Kudat menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada pukul 3.01 petang.

Mereka membalas dengan sepasukan 15 anggota termasuk Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).

“Mangsa berjaya dijumpai oleh PPDA pada jam 5.40 di kedalaman 11 kaki di lokasi tempat beliau lemas.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi ditamatkan pada jam enam petang,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah dalam sebuah kenyataan media.