TUARAN, SABAH – Sekeluarga berjaya menyelematkan diri namun rumah dua tingkat milik mereka hanya mampu dilihat musnah dijilat api di Kampung Dopu Batu 2 di sini, hari ini.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Willafreddie Bangot mendapat panggilan kecemasan itu pada jam 8.55 pagi.
“Seramai 11 pegawai lain-lain pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran digerakkan ke lokasi sejauh 20 kilometer menggunakan tiga buah jentera…
“Operasi pemadaman dilakukan menggunakan sumber air dari jentera bomba dan api berjaya dikawal jam 9.47 pagi,” katanya.
Jelasnya rumah terbabit jenis tidak kekal seluas 20X50 kaki persegi.
“Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian ini dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” kata beliau selepas operasi ditamatkan pada jam 10.19 pagi.