Teh Cina RM 1.50, Peniaga Diingatkan Tidak Ambil Kesempatan Kenaikan SST

Teh Cina RM 1.50, Peniaga Diingatkan Tidak Ambil Kesempatan Kenaikan SST

0
SHARE
David Chan
Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah, David Chan ( Sumber Foto: Ihsan Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Peniaga di Sabah diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga susulan kenaikan dua peratus cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang mula berkuatkuasa hari ini.

Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah David Chan berkata ini penting bagi memastikan kenaikan SST itu tidak membebankan orang ramai.

Menurutnya selepas wabak Covid-19, pihaknya menyedari pola pasaran barangan telah berubah kerana orang ramai mengalami kemerosotan kewangan.

“Orang ramai kini sangat selektif untuk membeli makanan dan produk yang lebih murah akibat kekangan kewangan,” katanya.

Oleh itu, David menggesa peniaga supaya bertimbang rasa untuk tidak mengambil kesempatan menaikkan harga makanan dan produk pengguna secara tidak munasabah hanya kerana kenaikan 2 peratus SST.

Tinjauan secara rawak di pekan Menggatal menunjukkan terdapat beberapa restoran yang menaikkan harga minuman teh Cina sehingga RM1.50 bermula semalam.