PENAMPANG: Seorang lelaki warga asing berusia 42 tahun ditemui berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di sebuah rumah di Kampung Pasir Putih, Putatan pada pagi Jumaat lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Supt. Sammy Newton, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh ketika membaiki tangki air di belakang rumah berkenaan.
katanya, Tiada unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR).
Mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.






