Warga Emas Melecur Dalam Kebakaran Dua Rumah Sewa di Pitas

Warga Emas Melecur Dalam Kebakaran Dua Rumah Sewa di Pitas

0
SHARE

PITAS: Dua buah rumah sewa jenis tidak kekal di Kampung Perpaduan Saab musnah terbakar dalam kejadian semalam.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pitas menerima panggilan kecemasan pada jam 9.17 malam sebelum tiba di lokasi enam minit kemudian. 

“Operasi pemadaman melibatkan tujuh anggota membabitkan dua rumah berukuran 10×30 kaki dan 30×30 kaki yang musnah 100 peratus. 

“Api berjaya dikawal pada jam 9.42 malam dan operasi tamat sepenuhnya jam 11.58 malam,” kata seorang pegawai jurucakap agensi.

Seorang mangsa, lelaki warga Filipina berusia 65 tahun, cedera ringan akibat melecur di bahagian leher dan lengan kanan.

Mangsa dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba.