ATB 2 Tahan Dua Lelaki Tanpa Dokumen Seludup Barang Kosmetik Di Pulau...

ATB 2 Tahan Dua Lelaki Tanpa Dokumen Seludup Barang Kosmetik Di Pulau Danawan

0
SHARE
Dua orang suspek lelaki dipercayai penyeludup dalam tahanan ATB 2...

SEMPORNA, SABAH – DUA (2) lelaki tanpa dokumen ditahan Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) ketika cuba menyeludup barang kosmetik tidak berdaftar di perairan Pulau Danawan semalam.

ATB 2 sekaligus merampas 33 buah kotak mengandungi bahan terlarang itu yang dianggarkan bernilai sebanyak RM 67,453 dalam insiden 6.50 petang tersebut.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata dua buah bot laju saspek yang berada dalam keadaan mencurigakan telah dikesan oleh bot ATB Viper 04 bersama Tim Quick Reaction Force (QRF).

“Bot berkenaan di dapati dari arah utara Pulau Danawan, di luar kawasan perairan negaraa menuju ke Semporna…

“Viper 04 telah berjaya memintas sebuah bot laju manakala sebuah lagi bot laju berjaya meloloskan diri.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut terdiri daripada lelaki berbangsa Bajau berusia 22 dan 26 tahun,” katanya.

Abdul Karim berkata pasukannya turut menemui 19 tong minyak kosong dipercayai digunakan untuk mengisi petrol bagi tujuan penyeludupan seterusnya.

“Bot tersebut ditahan atas kesalahan melakukan aktiviti penyeludupan barangan terkawal yang melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961 dan juga awak-awak bot tiada dokumen pengenalan diri yang sah,” tambahnya.

Bot ditunda ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna dan awak-awak bot kemudianya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna bagi membuat laporan polis.

“Mereka seterusnya dibawa ke Hospital Semporna bagi melaksanakan ujian saringan COVID-19 sebelum diserahkan semula kepada pihak IPD Semporna bagi siasatan lanjut,” jelasnya.