BELASUNGKAWA: KETUA UMNO BAHAGIAN AMPANG DATO’ ISMAIL KIJO MENINGGAL DUNIA

BELASUNGKAWA: KETUA UMNO BAHAGIAN AMPANG DATO’ ISMAIL KIJO MENINGGAL DUNIA

0
SHARE

AMPANG – Ketua UMNO Bahagian Ampang, Dato’ Ismail Kijo dilaporkan telah meninggal dunia tengah hari tadi, hari ini (Rabu).

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya dilapor meninggal dunia kira-kira 12.33 tengah hari di Hospital Sungai Buloh.

Allahyarham, disahkan positif COVID-19 pada 17 Januari lalu dan telah dibawa oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Hospital Sungai Buloh pada 18 Januari lalu untuk menerima rawatan lanjut.

Difahamkan, urusan pengkebumian jenazah Allahyarham diuruskan oleh pihak KKM disebabkan Allahyarham disahkan positif COVID-19.

(Pihak portal berita online Sabahnews.com.my mengucapkan salam takziah buat kaum keluarga Allahyarham…)