
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan jumlah pesakit yang sembuh hari ini ialah sebanyak 3,804 KES, demikian menerusi laporan situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysisa di Facebook rasmi KKM.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 177,794 KES (78.4%).
Namun, walaupun ada pengurangan sedikit kes baharu COVID019, KKM melaporkan kes hari ini masih lagi pada paras membimbangkan iaitu sebanyak 4,284 KES.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 226,912 KES. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 48,309 KES.
DARIPADA 4,282 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak enam (6) Kes import, manakala 4,278 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Menurut KKM juga, sebanyak 307 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 141 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada laporan KKM hari ini, SELANGOR masih menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 1,572 KES dan diikuti JOHOR sebanyak 964 KES dan KUALA LUMPUR sebanyak 651 KES.
KKM dukacita memaklumkan terdapat 18 KES kematian direkodkan hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 809 KES (0.4%).
Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;
