Sabah Sekali Lagi Catat Kluster Institusi Pendidikan Di Ranau

Sabah Sekali Lagi Catat Kluster Institusi Pendidikan Di Ranau

0
SHARE
Gambar hiasan...

KOTA KINABALU, SABAH – Satu lagi kluster institusi pendidikan timbul di Ranau yang melonjakkan jumlah kes baharu COVID-19 hari ini kepada 218, iaitu 42 kes lebih berbanding semalam.

Kluster Jalan Bypass Kologon bermula dari seorang pelajar asrama perempuan SMK Kundasang yang berumur 16 tahun.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks terbabit mula bergejala pada Isnin dan disahkan positif setelah menjalani ujian kendiri dan saringan PCR.

“Saringan ke atas kontak rapat yang melibatkan 70 orang telah dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan setakat ini enam (6) lagi pelajar rakan sebilik indeks kes didapati positif…

“Kesemua pesakit adalah dalam Kategori 1 dan 2 sahaja (tidak bergejala atau bergejala ringan) dan telah diasingkan serta diberi rawatan yang sesuai,” katanya dalam rumusan harian kes hari ini.

Katanya sembilan (9) daerah mencatatkan kes dua angka hari ini dengan Tuaran mendahului jumlah kes yang tertinggi.

Dalam pada itu, seramai 215 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2 manakala tiga (3) orang dalam Kategori 3.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (22 Jan 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Tuaran – 37 (15)
Kota Kinabalu – 34 (41)
Sandakan – 21 (12)
Penampang – 19 (19)
Putatan – 17 (4)
Kota Marudu – 13 (11)
Tawau – 13 (4)
Papar – 12 (15)
Beaufort – 10 (13)
Ranau – 7 (8)
Tenom – 7 (3)
Sipitang – 6 (6)
Keningau – 6 (4)
Kota Belud – 5 (6)
Kuala Penyu – 4 (2)
Kunak – 2 (0)
Semporna – 1 (0)
Tambunan – 1 (1)
Telupid – 1 (0)
Lahad Datu – 1 (5)
Kinabatangan – 1 (1)
Beluran – 0 (0)
Nabawan – 0 (0)
Pitas – 0 (2)
Tongod – 0 (1)
Kalabakan – 0 (0)
Kudat – 0 (3)