Hutang Dadah, Punca Wanita Diculik, Ditawan 10 Jam

Hutang Dadah, Punca Wanita Diculik, Ditawan 10 Jam

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditawan selama 10 jam selepas diculik di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan Sentul pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, urusan perniagaan berkaitan dadah dipercayai punca kepada kejadian culik itu. 

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada suami mangsa yang berusia 30 tahun ketika hari kejadian.

Menurut saksi, empat individu termasuk seorang wanita dilihat membawa mangsa yang juga pekerja serbaneka masuk ke dalam kereta Perodua Myvi kira-kira jam 5 petang, Isnin lalu.

“Berdasarkan maklumat polis melakukan serbuan pada 3 pagi, Selasa lalu di dua lokasi di Bukit Damansara dan Sentul yang membawa kepada penahanan empat lelaki serta seorang wanita berusia 25 hingga 31 tahun.

“Tindakan pantas ini juga berjaya menyelamatkan mangsa yang dalam tahanan suspek di Sentul, tanpa sebarang kecederaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, semalam.

Tambah beliau, pengadu yang bekerja sebagai mekanik memaklumkan suspek memintanya membayar hutang rakan dipercayai membabitkan urusan jual beli dadah sebanyak RM100,000.

“Sepanjang tempoh mangsa dilarikan, pengadu menyerahkan RM45,000 kepada suspek, sebelum mereka ditahan pihak polis.

“Kami masih mengesan seorang lagi suspek masih bebas iaitu Mohd Daniel Harris Azmi berusia 26 tahun, beralamat terakhir di Sungai Petani, Kedah,” katanya.

Beliau berkata, semakan dilakukan mendapati semua suspek, termasuk seorang lelaki yang masih bebas itu mempunyai rekod berkaitan jenayah dan dadah.

“Dalam kes ini, kami turut merampas sebuah kereta Perodua Myvi yang digunakan oleh suspek ketika melarikan mangsa. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.