Duta Malaysia Dipanggil AS Berhubung Dasar Tolak Israel

Duta Malaysia Dipanggil AS Berhubung Dasar Tolak Israel

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Shahrul Ikram Yaakob telah dipanggil Jabatan Negara AS bagi memberi penjelasan mengenai dasar Putrajaya yang tidak mengiktiraf Israel.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan pula berkata, Shahrul Ikram menjelaskan bahawa pendirian itu adalah dasar nasional yang telah lama diamalkan Malaysia.

Kita tidak mengiktiraf negara Israel atau rejim Zionis. Ini sudah lama menjadi pendirian kita,” katanya kepada pemberita di Rembau semalam.

Beliau berkata, seorang individu berkewarganegaraan AS-Israel yang memasuki Malaysia menggunakan pasport AS sebelum ini diminta meninggalkan negara selepas pemeriksaan mendapati dia turut memiliki kewarganegaraan Israel.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan Malaysia akan terus melarang kemasukan warga Israel atas pendirian mempertahankan hak rakyat Palestin.

Gesaan lapan anggota Kongres AS supaya Washington mengkaji semula hubungan keselamatan dan ekonomi dengan Malaysia susulan isu itu disifatkan Anwar sebagai “tersasar”.