
SANDAKAN, SABAH – Pemandu sebuah Perodua Viva maut selepas terbabas masuk ke dalam lubang pembentungan di tepi jalan berhampiran Stesen Bas Bandar Letat, sini, kira-kira jam 7.30 pagi kelmarin.
Difahamkan pembentung yang dipenuhi air itu berada dalam proses pembinaan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah menganggarkan ianya dipenuhi air sedalam 5 kaki.
“Tindakan pasukan bomba bersama pihak JKR mengepam keluar air untuk memudahkan operasi menyelamat.
“Mangsa lelaki terlibat di dalam kenderaan tersebut telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.
“Beliau seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sebuah kenyataan.
Operasi ditamatkan pada jam 8.57 pagi.