DUN Sabah Bakal Bubar Otomatik? Speaker DUN Sabah Sangkal Kenyataan Bekas TKM

DUN Sabah Bakal Bubar Otomatik? Speaker DUN Sabah Sangkal Kenyataan Bekas TKM

0
SHARE
Datuk Kadzim Yahya...

KOTA KINABALU, SABAH – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Kadzim Yahya menyangkal kenyataan seorang bekas Timbalan Ketua Menteri yang mendakwa DUN Sabah bakal menghadapi risiko pembubaran otomatik.

Datuk Seri Wilfred Madius Tangau hari ini berkata pembubaran akan berlaku jika tidak bersidang sebelum tengah malam 1 Ogos iaitu bersamaan dengan penamatan tempoh perintah DARURAT.

Kadzim dalam satu kenyataan hari ini tampil menjelaskan Perkara 21 (1) Perlembagaan Sabah memperuntukkan bahawa DUN Sabah hendaklah bersidang dalam tempoh ENAM (6) bulan dari tempoh sidang akhir yang lalu.

“Tetapi Seksyen 15 (1) (a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 memperuntukkan pengecualian kepada Perkara 21 (1) Perlembagaan Negeri Sabah…

“Oleh itu, orang ramai adalah diminta supaya tidak keliru disebabkan DUN Sabah belum mengadakan persidangan sejak Sidang Bajet 2021 pada Disember 2020 yang lalu,” katanya.

Kenyataan Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim Yahya yang menyangkal dakwaan bekas Timbalan Ketua Menteri berhubung DUN Sabah bakal bubar secara otomatik…

Tambahnya, DUN Sabah bersedia untuk mengadakan persidangan pada bila-bila masa Kerajaan negeri menetapkan tarikh.

Tangau menyuarakan kerisauan beliau di mana dia berkata sekiranya ada yang berjaya mendapatkan deklarasi mahkamah bahawa DUN terbubar, rakyat Sabah mungkin akan terdedah kepada acara yang boleh menyebabkan penularan jangkitan lebih besar.

“Sebagai alternatif, Sabah akan diletakkan di bawah perintah darurat lain yang menghalang daripada keadaan kembali normal…

“Persidangan itu boleh diadakan semula dalam tempoh sesingkat sehari, untuk beberapa keputusan penting seperti pindaan Peraturan Mesyuarat DUN untuk membolehkan Dewan Undangan Negeri dan jawatankuasa bertemu secara maya atau hibrid,” katanya.

Datuk Seri Wilfred Madius Tangau hari ini berkata pembubaran akan berlaku jika tidak bersidang sebelum tengah malam 1 Ogos 2021…(Sumber Foto; Portal Berita Media Tempatan Sabah Post)

Ahli Parlimen Tuaran berkenaan turut meminta parti-parti di Sabah dan wakil rakyat bekerjasama dengan rakan seangkatan di Sarawak dan Semenanjung dalam menuntut beberapa langkah ke arah ‘desentralisasi’.

“Ini membolehkan kerajaan negeri membuat penyusunan semula terhadap Sabah supaya menjadi setaraf dengan Semenanjung kepada Timbalan Ketua Menteri Jeffrey Kitingan, iaitu antara orang pertama menyokong pengembalian semula bahagian dan residensi sebagai satu peringkat pentadbiran,” katanya.