KOTA KINABALU, SABAH – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memuji ADUN Kuala Penyu, Limus Jury, atas sumbangan peribadi beliau yang akan diagihkan kepada semua 20 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Sabah.
Dalam satu muat naik di laman sosial Facebook Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Hamzah Zainudin sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada Limus diatas sumbangan berupa 2,000 kotak makanan tambahan bernilai RM100,000.
“Mana-mana individu yang terputus bekalan makanan atau memerlukan bantuan diminta hadir sendiri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berdekatan untuk mendapatkan bantuan segera…
“Bagi individu yang tidak dapat hadir ke IPD berdekatan, mereka diminta menghubungi IPD berhampiran masing-masing melalui talian rasmi IPD atau melalui talian Whatsapp khas Op Bantu,” katanya.