LAHAD DATU, SABAH – Aksi kejar mengejar antara Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah dan seorang lelaki dipercayai penyeludup rokok berakhir dengan nilai rampasan RM79,680.
Kejadian kira-kira pukul 3 pagi tadi itu menyaksikan kereta suspek, sebuah Toyata Avanza, terbabas dalam sebuah longkang sebelah kiri jalan berhampiran Kampung Bagiang di Kunak.
Bertindak atas arahan Supt Rajab Ahad Ismail, Pegawai Pemerintah Batalion 17 PGA Lahad Datu, lima anggota PGA dalam satu rondaan ‘Op Kontraban’ telah mengesan kenderaan dipandu dalam keadaan mencurigakan.
Komander Briged Sabah PGA, SAC Mohd Abduh Ismail berkata anggota polis telah mengarahkan kereta tersebut untuk berhenti namun pemandu seorang lelaki terus bertindak untuk memecut laju.
![](https://sabahnews.com.my/wp-content/uploads/2021/06/Komander-Briged-PGA-Sabah-Senior-Asisten-Komisioner-Mohd-Abduh-Ismail.jpeg)
“Suspek telah meloloskan diri ke arah kawasan semak yang berhampiran…
“Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan mendapati 14 plastik hijau yang mengandungi 355 karton rokok dipercayai diseludup dari negara jiran,” katanya.
Nilai rampasan rokok yang tertinggi berjenama ‘Premium’ dengan anggaran harga RM 14,400 (100 karton).
“Kereta suspek yang bernilai RM 30,000 turut disita sementara jumlah keseluruhan rokok bernilai RM 49,680,” tambah Abduh.