KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Jemaah Menteri dalam satu kenyataan hari ini mengisytiharkan mereka sebulat suara untuk kekal memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Menurut kenyataan itu, keputusan itu dibuat selepas satu mesyuarat Kabinet yang berlangsung pada hari ini (14 Julai).
“Ahli-ahli Jemaah Menteri juga ingin memaklumkan bahawa setiap keputusan Kerajaan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri setelah mengambil kira pandangan semua pihak,” menurut kenyataan tersebut.