Bomba Guna Teknik Tali Angkut Mayat Wanita di Tingkat 4 Harbour Mall...

Bomba Guna Teknik Tali Angkut Mayat Wanita di Tingkat 4 Harbour Mall Sandakan

0
SHARE

SANDAKAN: Mayat seorang wanita lingkungan 40-an ditemui di ruang terbuka Tingkat 4 Harbour Mall Sandakan tengah hari kelmarin.

Pasukan Bomba terpaksa menggunakan teknik ‘rapeling’ dari Tingkat 5 untuk mengangkat mangsa.

Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan menerima panggilan bantuan dari pihak polis pada jam 12.45 tengah hari dan tiba sembilan minit kemudian.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, operasi turut dibantu oleh 20 anggota polis.

“Mayat mangsa, yang belum dikenal pasti identitinya, kemudian diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada jam 2.42 petang selepas disahkan tiada lagi ancaman di lokasi,” katanya.