Pendapatan Peniaga Terjejas Akibat Perhimpunan #TangkapAzamBaki

Pendapatan Peniaga Terjejas Akibat Perhimpunan #TangkapAzamBaki

0
SHARE
Deretan kedai di LRT Bangsar sebelum perhimpunan diadakan...

Kuala Lumpur – Ramai peniaga mengeluh perniagaan mereka terjejas akibat perhimpunan #TangkapAzamBaki yang diadakan di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar di sini, hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, seorang peniaga bengkel motosikal mengadu kerana beliau terpaksa membuka bengkelnya pada jam 12 tengah hari, di mana kebiasaanya beliau membuka pada jam 10 pagi.

“Disebabkan perhimpunan tersebut, jalan masuk ke bengkel saya ditutup dan saya terpaksa buka bengkel lewat hari ini…

“Ini menyebabkan pelanggan-pelanggan saya tidak dapat masuk ke kawasan tersebut disebabkan perkara itu,” kata Lee, 50.

Manakala, seorang pemandu teksi berkata, pendapatannya juga terjejas akibat perhimpunan tersebut kerana lencongan Jalan Bangsar mulai ditutup pada jam 7 pagi tadi.

“Saya dapat menjangkakan memang tidak ada pelanggan setelah mengetahui jalan tersebut ditutup disebabkan perhimpunan tersebut…

“Kebiasaannya saya akan bergerak di sekitar kawasan pusat beli belah Midvalley tetapi disebabkan lencongan jalan ini, teksi saya tidak bergerak kerana tiada pelanggan…

“Sepatutnya penganjuran perhimpunan itu diadakan di tempat terbuka tanpa mengganggu lalu lintas di kawasan awam,” katanya.

Sebelum ini, Harian Metro juga melaporkan bahawa beberapa laluan ke Jalan Bangsar dilencongkan susulan penganjuran perhimpunan terbabit yang ditukar ke lokasi berkenaan malam tadi.