153 Mangsa Banjir Kg. Minusuh Selamat Dipindahkan

153 Mangsa Banjir Kg. Minusuh Selamat Dipindahkan

0
SHARE

TELUPID, SABAH – Seramai 153 orang mangsa banjir di Kg Minusuh sini telah dipindahkan ke Pejabat Kesihatan kampung tersebut untuk sementara waktu.

Operasi pemindahan 11 malam semalam dimulakan pihak Polis, Angkatan Pertahanan Awam, RELA serta Pasukan Sukarelawan Pejabat Daerah Tongod, sebelum ketibaan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kinabatangan.

BBP Kinabatangan terletak 155 kilometer dari kawasan kejadian.

Menurut sumber Pusat Gerakan Operasi Bomba, belum ada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.

“Operasi pemindahan tamat pada jam 6 pagi hari ini,” katanya dalam kenyataan.