KABUL, AFGHANISTAN – Seorang kanak-kanak lelaki berumur sembilan tahun terperangkap dalam sebuah lubang perigi di selatan Afghanistan selepas jatuh ke dalam sejak Selasa lalu.
Menurut beberapa laporan media antarabangsa, penyelamat kini kesuntukan masa untuk mengeluarkan mangsa yang dikenali sebagai Haidar yang terjatuh dalam lubang perigi di perkampungan Shokok di wilayah Zabul.
Perigi tersebut dikatakan mempunyai kedalaman 24 m (82 kaki) dan Haidar tersangkut pada batu di kedalaman 10 m…
Berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di media sosial, Haidar dilihat menggerakkan tangan dan bahagian atas badannya.
Setiausaha Timbalan Perdana Menteri Afghanistan, Abdullah Azzam menerusi laman Twitter rasminya memaklumkan bahawa Haidar tersangkut di celah bawah batu dan usaha mengeluarkan mangsa sedang giat dijalankan.
“Dia setakat ini masih hidup dan batu itu cuba untuk dibelah bagi mengeluarkan mangsa. Mohon doakan…
“Kanak-kanak itu dalam keadaan baik dan kadang kala meminta bantuan makanan dan minuman,” ciapnya.
Menurutnya lagi, bantuan oksigen, ambulans serta beberapa keperluan lain telah berada di tempat kejadian.
Dua minggu yang lepas, insiden serupa menimpa Rayan Awram, budak lelaki berusia lima tahun yang jatuh dan terperangkap lebih empat hari dalam perigi sedalam 32 meter (m) di Maghribi.
Namun, operasi menyelamat itu berakhir tragedi apabila Rayan meninggal dunia sejurus berjaya dikeluarkan.