KOTA KINABALU, SABAH – Sebanyak 84 kontinjen akan menyertai Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-71 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.
Pertandingan berjalan lalu akan melibatkan lapan kategori antaranya Institut Pengajian Tinggi Awam/ Swasta, pelajar sekolah, pertubuhan etnik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Padang Merdeka, Sabtu ini.
Oleh itu, orang ramai di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dialu-alukan hadir bagi memeriahkan sambutan berkenaan. — JABATAN PENERANGAN SABAH