KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan hari ini memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di SELURUH NEGERI SABAH berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam ini (13 Oktober 2020) sehingga 26 Oktober 2020.
Keputusan tersebut disampaikan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata menerusi siaran langsung sidang media secara maya di kediaman rasmi beliau hari ini di Facebook Kementerian Pertahanan.
Menurut beliau, keputusan hari ini disebabkan peningkatan kes penularan COVID-19 yang kini berlaku di seluruh sabah.
Terdahulu, kerajaan hanya memutuskan PKPB dilaksanakan kepada beberapa daerah di Sabah sahaja yang telah diisytihar kawasan merah (red zone) akibat penularan wabak COVID-19.





