COVID-19: 563 KES BAHARU, 2 KES KEMATIAN DAN 6 LAGI KLUSTER BAHARU...

COVID-19: 563 KES BAHARU, 2 KES KEMATIAN DAN 6 LAGI KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 563 KES dilaporkan hari ini.

KKM turut memaklumkan bahawa terdapat enam (6) kluster baharu hari ini iaitu; Kluster Kolong (Sabah), Kluster Bah Tropicana (Selangor), Kluster Bah Perdana (KL), Kluster Bah Kasturi (KL), Kluster Rinting (Johor), dan Kluster Bah Kasturi (Putrajaya).

Dilaporkan juga kes sembuh hari ini sebanyak 106 KES yang mana jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 11,022 kes (67.95%).

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 16,220 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 5,039 kes.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 12 Oktober 2020…(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

DARIPADA 563 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat satu (1) KES IMPORT dilaporkan dan SEMUA 562 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut laporan itu juga, berlaku peningkatan sebanyak 98 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 29 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

KKM dengan dukacita memaklumkan terdapat dua (2) lagi kes kematian direkodkan hari ini yang mana semua kes dilaporkan daripada Sabah (Tawau & Tuaran) dan ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 157 kes (1.00%).

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…