KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes harian COVID-19 Sabah kekal tinggi dengan catatan 446 KES baharu hari ini iaitu penurunan 44 kes berbanding kelmarin.
Jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, 23 kes baharu hari ini datang daripada tujuh (7) kluster yang aktif.
“Kota Kinabalu kembali menjadi penyumbang utama kes baharu Sabah dengan 87 kes iaitu penambahan 26 kes daripada jumlah semalam…
“Antara daerah lain yang mencatat kes baharu yang tinggi ialah Sandakan 67 (-74), Tuaran 49 (-1), Penampang 45 (-9), Tawau 42 (+16), Papar 29 (+15) dan Ranau 23 (+5),” katanya dalam rumusan harian kes.
Beliau berkata, kewujudan virus ditengah masyarakat memudahkan jangkitan kepada lebih ramai orang secara sporadik.
“Mereka hanya menyedari telah dijangkiti apabila mengalami simptom atau gejala jangkitan…
“Hari ini 217 orang atau hampir 49 peratus kes positif datang daripada mereka melalui saringan bergejala.
“Ini adalah satu jumlah yang tinggi dan membimbangkan kerana lebih sukar mengekang perebakan dan penularan apabila virus itu berada secara meluas di dalam komuniti,” katanya.
Tambahnya, ianya bertambah sukar untuk mengenal pasti kes indeks yang berkemungkinan telah menjadi pembawa virus.
Seramai empat (4) pesakit baharu haru ini berada dalam Kategori 3 dan dua (2) lagi dalam Kategori 4.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (02 Feb 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 87 (61)
Sandakan – 67 (141)
Tuaran – 49 (50)
Penampang – 45 (54)
Tawau – 42 (26)
Papar – 29 (14)
Ranau – 23 (18)
Lahad Datu – 18 (19)
Beaufort – 17 (18)
Putatan – 15 (18)
Kota Belud – 11 (17)
Kinabatangan – 7 (5)
Kota Marudu – 7 (12)
Kudat – 6 (6)
Semporna – 5(4)
Keningau – 5 (4)
Tambunan – 4 (1)
Telupid – 3 (6)
Kunak – 3 (3)
Kuala Penyu – 1 (5)
Beluran – 1 (0)
Tenom – 1 (3)
Nabawan – 0 (1)
Sipitang – 0 (0)
Pitas – 0 (4)
Tongod – 0 (0)
Kalabakan – 0 (0)





