BEAUFORT: Polis sedang menyiasat kemalangan melibatkan sebuah lori dan dua kereta di Bulatan Buah Bingkul, KM2 Jalan Beaufort–Papar, pada Selasa kira-kira jam 1.53 petang.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Supt Wong Leong Meng, berkata kemalangan melibatkan perlanggaran sebelah tepi.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.
Kes disiasat di bawah Peraturan 3(a) LN 166/59 dan dikendalikan oleh SJN Mohd Azrin Mohd Yasin. Laporan rasmi diterima pada jam 3.09 petang.
Satu rakaman ‘dashcam’ kejadian telah tular di media soaial menunjukkan sebuah Perodua Kenari dan Proton Saga dirempuh dari arah kanan ketika sedang berhenti di bulatan.
Wong menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika melalui bulatan dan kawasan trafik sesak.






