Dua Pekerja Restoran Melecur Di Tangan Selepas Tong Gas Alami Kebocoran

Dua Pekerja Restoran Melecur Di Tangan Selepas Tong Gas Alami Kebocoran

0
SHARE

TAWAU, SABAH – DUA (2) pekerja sebuah restoran di Taman Tikus, Sabindo di sini melecur di bahagian tangan apabila injap sebuah tong gas mengalami kebocoran kelmarin.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah melaporkan bahawa panggilan kecemasan berhubung kes berkenaan diterima Balai Bomba dan Penyelamat Tawau pada jam 9.41 pagi.

Ketua Balai, TPgB Julius John Stephen berkata, kedua-dua mangsa terbabit cedera apabila cuba mengalihkan tong gas yang sedang menyembur api dari bahagian dapur ke kawasan lapang yang berhampiran.

Dapur masak yang terlibat…

“Pasukan bomba yang tiba ke lokasi bertindak untuk menutup injap tong gas yang seterusnya mematikan marak api…

“Atas kehendak sendiri, mangsa-mangsa dalam lingkungan umur 20an tidak mahu dihantar ke Hospital tetapi sebaliknya meminta untuk diberikan rawatan di lokasi atas sebab hanya kecederaan yang ringan,” katanya.

Mangsa-mangsa sedang menerima rawatan dari anggota bomba dalam sebuah jentera EMRS…

Menurut PGO, operasi terkawal pada 9.45 pagi dan setelah anggota bomba memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain, operasi ditamatkan pada 10.05.