Lelaki Melecur Tong Gas Meletup di Pangsapuri Taman Penampang

Lelaki Melecur Tong Gas Meletup di Pangsapuri Taman Penampang

0
SHARE

PENAMPANG: Seorang lelaki berusia 29 tahun mengalami kecederaan melecur dalam satu insiden kebakaran membabitkan tong gas LPG di sebuah unit kediaman di Pangsapuri Taman Penampang, di sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan pada jam 11.15 pagi sebelum sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari balai.

Pasukan bomba bertindak segera dengan memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” kata jurucakap agensi.

Operasi berjaya dikawal dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.35 pagi selepas pihak bomba memastikan tiada lagi punca bahaya di lokasi kejadian.

Menurut garis panduan JBPM, kebakaran melibatkan gas LPG perlu ditangani dengan berhati-hati kerana risiko letupan.

Sekiranya berlaku kebakaran kecil pada dapur, orang awam disarankan menutup bekalan gas dengan segera jika selamat berbuat demikian, serta menggunakan alat pemadam api jenis serbuk kering.

Elakkan menyimbah air secara terus ke arah kebakaran gas kerana ia tidak berkesan dan boleh memburukkan keadaan. Sekiranya api tidak dapat dikawal, segera keluar dari premis dan hubungi talian kecemasan 999.

Selain itu, pemasangan pengesan kebocoran gas serta pemeriksaan berkala hos dan kepala gas juga amat digalakkan bagi mengurangkan risiko kejadian seumpama ini.