Sabah Dipilih Sebagai Lokasi SOM MABINS Ke-46

Sabah Dipilih Sebagai Lokasi SOM MABINS Ke-46

0
SHARE
Tun Juhar (depan, tengah) bersama Arifin (depan, kiri) serta rombongan bergambar kenangan...

KOTA KINABALU, SABAH – Negeri Sabah dipilih sebagai lokasi Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) Ke-46.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, mesyuarat tersebut akan diadakan di The Sutera Pacific Hotel Kota Kinabalu bermula 26 hingga 30 September depan.

“Tujuan pemilihan Sabah adalah untuk mempromosi negeri ini sebagai sebuah pusat pelancongan…

“Apabila Malaysia dipilih untuk menjadi tuan rumah, urusetia dan jawatankuasa induk merasakan Sabah adalah lokasi terbaik memperkenal kehidupan dan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara ini khususnya di Sabah kepada negara anggota yang lain,” katanya ketikaselepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.

Hadir mengiringi beliau, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.
Sementara itu, Tun Juhar turut menerima kunjungan daripada Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) yang baharu, Tan Sri Sukarti Wakiman dan rombongan.

Menurut Sukarti, kunjungan berkenaan untuk memaklum dan mengucapkan terima kasih kepada Tun Juhar atas pelantikan tersebut selain berharap agar mereka yang dilantik mampu menjalankan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.