Presiden PBBS Ucap Terima Kasih Buat Semua Pihak Jayakan Pemilihan Kepimpinan Persatuan

Presiden PBBS Ucap Terima Kasih Buat Semua Pihak Jayakan Pemilihan Kepimpinan Persatuan

0
SHARE
Haji Ruslan Muharam, Presiden baharu PBBS...

BEAUFORT, SABAH – Presiden Persatuan Bisaya Sabah (PBBS) yang baharu, Haji Ruslan Muharam mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pemilihan kepimpinan persatuan.

Beliau memuji sikap ahli PBBS yang mementingkan perpaduan dan berterima kasih dengan Datuk Isnin Aliasnih atas keputusannya menarik diri daripada bertanding untuk jawatan President demi kepentingan persatuan.

Katanya, beliau menghargai sokongan yang ditunjukkan oleh Datuk Isnin menyumbangkan wang sebanyak RM5,000 untuk digunakan sempena pemilihan kepimpinan yang baharu dan meluluskan peruntukkan untuk pembuatan gasing sebanyak RM20,000.

“Kita akan sentiasa bekerjasama memperjuangkan PBBS dan ini sudah lama dipraktikkan,” tambah Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan.

Haji Ruslan Muharam…

Ruslan juga berharap agar kepimpinan baharu bersedia menjalankan tanggungjawab masing-masing yang diamanahkan oleh perwakilan.

Sesuai dengan halatuju yang disenaraikan oleh Ruslan, beliau berjanji akan membangunkan bangunan PBBS yang ada untuk dijadikan sebagai perkampungan budaya.

“Kita akan menjadikan bangunan PBBS dan kawasan seluas enam ekar untuk dijadikan kawasan tumpuan masyarakat Bisaya seperti mana bangunan-bangunan etnik yang wujud di negeri ini, iaitu Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) Hongkod Koisaan di Penampang bagi masyarakat Kadazandusun serta Pusat Kebudayaan Murut di Tenom bagi etnik Murut,” katanya.