POLIS DIDESAK SIASAT TUDUHAN JUFAZLI SHAFIE APDAL ADALAH AGEN KERAJAAN FILIPINA UNTUK...

POLIS DIDESAK SIASAT TUDUHAN JUFAZLI SHAFIE APDAL ADALAH AGEN KERAJAAN FILIPINA UNTUK TUNTUT SABAH

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – “SHAFIE APDAL ADALAH AGEN FILIPINA!!!, ini adalah tuduhan yang amat berat yang telah dilemparkan ke atas Shafie Apdal, malangnya sehingga kini tidak ada penafian dilakukan ke atas tuduhan itu,” demikian menurut Gerakan Anti Shafie Apdal (GASA) dalam satu kenyataan hari ini.

GASA berkata pihak Polis diminta untuk tampil menyiasat tuduhan yang dibuat oleh seorang aktivis anak muda bernama Jufazli Shi Ahmad ke atas Shafie Apdal kerana ini melibatkan soal kedaulatan Negara.

Jufazli sebelum ini turut menuduh Shafie sebagai punca utama sehingga Sabah dibanjiri oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan turut memberikan alasan salah satu sebab kenapa Kerajaan Filipina berani memasukkan negeri Sabah ke dalam peta Pasport Filipina adalah kerana peranan Shafie Apdal sebagai ‘AGEN’ mereka.

 

 

 

 

 

VIDEO tuduhan JUFAZLI terhadap shafie apdal yang tular di laman media sosial Facebook dan juga sebaran aplikasi Whatsapp.

“Harus diingat video yang telah dimuat turun oleh Jufazli mengenai tuduhan-tuduhan tersebut telah tular di media sosial Facebook dan sebaran aplikasi WhatsApp, yang peliknya kenapa sehingga kini Shafie Apdal tidak menyaman Jufazli jika tuduhan ini adalah FITNAH…

 

 

 

 

 

 

LAGI VIDEO tuduhan JUFAZLI terhadap shafie apdal yang tular di laman media sosial Facebook dan juga sebaran aplikasi Whatsapp.

“Tindak tanduk Shafie cuba membantu PATI mendapatkan PSS (Pas Sementara Sabah) sebelum ini juga amat menghairankan.”

Dalam tempoh yang amat singkat Shafie berkata, seramai 10,195 orang sehingga 16 April 2019 jumlah PATI telah berjaya diputihkan, jumlah PATI sehingga terkini pada tahun 2020 tidak diketahui angkanya…(Dipetik daripada portal media tempatan)
Kerajaan negeri akan mengkaji mengeluarkan dokumen khas kepada pekerja asing tidak sah di Sabah…(Dipetik dari BH Online bertarikh 28 Jun 2018)

Justeru pihak Polis sepatutnya tampil menyiasat tuduhan yang dibuat oleh Jufazli kerana mungkin kenyataannya disokong oleh bukti yang hanya diketahui oleh beliau sendiri.

“Jufazli sebelum ini turut mengakui telah ditemui oleh ahli keluarga Shafie untuk berbincang bagi membantu Shafie semasa Pilihan Raya Negeri ke-16 ini, oleh sebab itu asas untuk pihak Polis menyiasat tuduhan ini sememangnya cukup kuat,” GASA berkata lagi.