Seorang Lelaki Patah Kaki Selepas Terjatuh Dari Jambatan Usang Di Kampung Numbak

Seorang Lelaki Patah Kaki Selepas Terjatuh Dari Jambatan Usang Di Kampung Numbak

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang lelaki mengalami patah kaki di bahagaian kanannya selepas terjatuh dari sebatang jambatan usang di Kampung Numbak, di sini,tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah melaporkan panggilan kecemasan berhubung kes berkenaan diterima Balai Bomba dan Penyelamat Lintas pada pukul 12.37.

Ketua Balai, PKPgB Agustavia Joe Guasi berkata, pasukan bomba bertindak mengangkat mangsa, Masmirzani Amir, 38, menggunakan alat ‘scoop stretcher’.

“Mangsa seterusnya diusung keluar dari kawasan tebabit dan diserahkan kepada pegawai perubatan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sebuah kenyataan.