KUNDASANG, SABAH – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan terus memantau keadaan di sekitar Kundasang dan Ranau ekoran gempa bumi lemah dirasai pada 7.27 pagi tadi.
Diukur 3.1 pada skala Richter, gempa tersebut dilaporkan melanda Kundasang pada kedalaman 10 km.
Kenyataan daripada MetMalaysia berkata gempa tersebut berlaku pada jarak 13 kilometer (km) barat laut dari Ranau.
Jabatan berkenaan menyediakan borang soal selidik kepada mereka yang merasai gegaran itu pada pautan:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuv0nTdzKRivfcl2kN8NBiM3K9RqDuZmbJxVqGcEuoP8DOYg/viewform.
Dalam pada itu, rata-rata netizen risau bahawa gempa susulan atau tanah runtuh bakal berlaku seperti pada tahun 2015.