COVID-19: KES BAHARU NAIK LAGI DENGAN TERTINGGI SETAKAT INI SEBANYAK 6,976 KES

COVID-19: KES BAHARU NAIK LAGI DENGAN TERTINGGI SETAKAT INI SEBANYAK 6,976 KES

0
SHARE

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 6,976 KES baharu positif harian hari ini yang mana adalah TERTINGGI setakat ini yang pernah dilaporkan sejak pandemik COVID-19 melanda negara, demikian menerusi laporan situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysia di Facebook rasmi KKM.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 512,091 KES.

Daripada laporan KKM hari ini, SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 2,235 KES dan diikuti SARAWAK sebanyak 663 KES dan JOHOR BAHRU sebanyak 549 KES.

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SELANGOR mencatat kes tertinggi hari ini (23 Mei 2021) sebanyak 2,235 KES daripada keseluruhan 6,976 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)