PENAMPANG, SABAH – Penyiasat Foresnik tidak mengesan sebarang unsur jenayah pada mayat hampir mereput yang ditemui di KM 39, Kampung Tudan Poring Jalan Penampang – Tambunan.
Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Hj Ibrahim berkata, rangka mayat seorang lelaki tanpa dokumen itu ditemui orang awam di dalam belukar kawasan tebing bukit kira-kira pada pukul 2.20 petang semalam.
“Mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat…
“Satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah laporan mati mengejut.
“Oleh yang demikian orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ahli keluarga atau kenalan yang hilang untuk segera membuat laporan polis di balai yang berdekatan,” katanya sambil menambah Bilik Gerakan IPD Penampang boleh dihubungi pada talian 088-723961.