KOTA KINABALU, SABAH – Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Penampang meminta bantuan orang ramai untuk mengesan tahanan terakhir yang telah bolos dari satu pusat kuarantin di sini, awal pagi kelmarin (Ahad).
Ketua Polis Daerah Mohd Haris Ibrahim berkata pihaknya masih giat memburu Mohd Rahman Basir, 24 tahun.
TIGA (3) lagi rakan sejenayah yang juga melarikan diri dari Pusat Kuarantin Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) tersebut dicekup di Menggatal sekitar jam 5.45 petang.
“Oleh yang demikian, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta segera menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.