GEMPAR!! WARIS SULTAN SULU RAMPAS ASET PETRONAS HAMPIR USD 2 BILLION DI...

GEMPAR!! WARIS SULTAN SULU RAMPAS ASET PETRONAS HAMPIR USD 2 BILLION DI LUXEMBOURG

0
SHARE
Gambar Hiasan...

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa di Luxembourg telah merampas aset dua anak syarikat Petronas bagi pihak waris kesultanan Sulu yang ingin menguatkuasakan keputusan timbang tara yan diperolehi sebelum ini terhadap Malaysia.

Menurut laporan Financial Times, bailif di Luxembourg merampas syarikat induk (Petronas) dan aset berkaitan yang bernilai lebih AS$2 bilion (RM8.9 bilion).

Peguam yang bertindak bagi waris telah memohon agar Luxembourg merampas aset tersebut bagi menguatkuasakan keputusan timbang tara yang mereka peroleh di Perancis, yang mengarahkan Malaysia membayar AS$14.9 bilion kepada keturunan sultan Sulu.

Pada 2017, keturunan kesultanan Sulu memulakan tindakan undang-undang untuk pampasan atas pajakan 1878 untuk tanah di Sabah yang telah ditandatangani dengan sebuah syarikat perdagangan British.

Pada Februari, penimbang tara Gonzalo Stampa mendapati bahawa Malaysia melanggar perjanjian 1878 dan mengarahkan negara itu membayar pampasan tersebut yang enggan diakui.

Keturunan Sulu itu mendakwa disebabkan pelanggaran tersebut, mereka memiliki tanah itu dan pada mulanya mahu menuntut AS$32.2 bilion daripada Malaysia.

Ini adalah untuk mendapatkan semula wang pampasan yang belum dibayar bersama dengan jumlah yang mereka percaya mereka sepatutnya dibayar untuk minyak dan gas yang ditemui di rantau ini.

Kes itu pada asalnya dibicarakan di Madrid sehingga Mahkamah Tinggi Madrid (Tribunal Superior de Justica de Madrid) membatalkan pelantikan Stampa atas alasan bahawa Malaysia tidak dimaklumkan dengan betul mengenai kes itu dan dengan itu “tiada belaan”.

Seorang peguam timbang tara terkenal memberitahu Financial Times bahawa keputusan Perancis itu tidak pernah berlaku sebelum ini, kerana perjanjian yang dipertikaikan itu mendahului pembentukan Malaysia pada 1963.

Sumber sama melaporkan bahawa kedua-dua unit, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, sedang menguruskan kepentingan Petronas di Azerbaijan dan langkah untuk merampasnya adalah disebabkan pertikaian tidak membayar royalti minyak.