Kluster Baharu Di UMS Bawa Kepada Kenaikan Kes COVID-19 Sabah Hari Ini

Kluster Baharu Di UMS Bawa Kepada Kenaikan Kes COVID-19 Sabah Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Satu kluster baharu dikesan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) punca kenaikan kes COVID-19 di Sabah.

Jumlah keseluruhan hari ini adalah 232 KES, iaitu pertambahan sebanyak 51 kes berbanding kelmarin.

Jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, indeks kes bagi ‘Kluster Puncak Ilmu’ merupakan seorang pelajar lelaki yang tinggal di asrama institusi pendidikan terbabit.

“Saringan keatas kontak rapat mendapati 40 orang pelajar dan kakitangan UMS juga telah dijangkiti menjadikan jumlah keseluruhan 41 kes,” jelasnya.

Katanya seramai 215 orang daripada 232 pesakit hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2.

“Empat (4) pesakit berada dalam Kategori 3, tiga (3) pesakit dalam Kategori 4 dan tidak ada kes dalam Kategori 5…

“Sepuluh (10) kes lagi masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah,” katanya dalam sebuah rumusan harian kes.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (14 Dis) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 47 (31)
Tuaran – 25 (35)
Penampang – 19 (19)
Kota Belud – 18 (15)
Kuala Penyu – 13 (6)
Sandakan – 13 (3)
Putatan – 13 (9)
Tawau – 11 (1)
Papar – 9 (14)
Kota Marudu – 9 (8)
Beaufort – 7 (1)
Kinabatangan – 6 (0)
Nabawan – 6 (0)
Sipitang – 6 (1)
Tenom – 6 (7)
Tambunan – 5 (5)
Ranau – 5 (13)
Keningau – 4 (6)
Pitas – 3 (0)
Semporna – 2 (1)
Kudat – 2 (4)
Beluran – 1 (0)
Telupid – 1 (1)
Tongod – 1 (0)
Lahad Datu – 0 (1)
Kunak – 0 (0)
Kalabakan – 0 (0)