MANILA, FILIPINA – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte merupakan pemimpin yang lantang dan bersungguh-sungguh dalam mempromosikan program vaksinasi di mana belia menuntut semua rakyat perlu menerima suntikan vaksin.
Beliau yang bukan sahaja menjadi individu terawal menerima vaksin di Filipina, malah kerap mengeluarkan kenyataan kontroversi khusus buat golongan yang menolak vaksin (anti-vaksin).
Rodrigo Duterte baru-baru ini tampil dengan sebuah lagi cadangan yang kontroversi dengan menyarankan rakyat Filipina yang enggan menerima vaksin COVID-19 wajar disuntik ketika mereka tidur.
“Saya faham masih ramai yang tidur mahu menerima suntikan vaksin. Itulah punca sebenar. Adalah lebih baik sekiranya dapat suntik mereka di rumah ketika tidur. Lebih mudah,” mengulas lanjut kenyataannya ketika ditemu bual bersama channel PTV.
Selain daripada suntikan vaksin, beliau juga turut menekankan penjagaan kendiri dengan memakai pelitup muka (facemask) serta menjaga penjarakan fizikal (social distancing) dalam usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19.
Rodrigo Duterte sebelum ini turut mengumumkan usaha untuk membenarkan mereka yang melanggar kuarantin COVID-19 dihantar ke penjara. Selain itu, peserta himpunan keramaian pada ketika ini juga bakal dikenakan hukuman yang sama.
Sehingga kini, Filipina sudah menyuntik lebih 50 juta dos vaksin COVID-19 dan mensasarkan suntikan buat rakyatnya mencapai 70 juta dos menjelang akhir tahun ini.