Pencuri Jam Tangan Dan Wang Tunai Diburu

Pencuri Jam Tangan Dan Wang Tunai Diburu

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Polis sedang memburu seorang lelaki yang memecah masuk ke dalam sebuah rumah di Luyang sini yang sempat melarikan seutas jam tangan serta wang tunai bernilai RM 70.

Kegiatan suspek lelaki dalam insiden jam 8 pagi kelmarin, sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah, ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata, penghuni rumah mendakwa berada dalam tandas ketika terdengar bunyi pintu utama ditendang.

“Penghuni rumah kemudiannya keluar dan melihat seorang lelaki yang tidak dikenali berada di dalam rumahnya…

“Beliau sempat menegur suspek  dan bertanyakan tujuan suspek berada di rumah lalu suspek terus melarikan diri,” katanya.

Zaidi berkata berdasarkan rakaman CCTV, suspek dilihat meninjau sekitar kawasan rumah mangsa sebelum memecah masuk.

“Siasatan lanjut di tempat kejadian sedang dijalankan oleh pegawai penyiasat,” tambahnya.