8.2% Populasi Kanak-Kanak Telah Lengkap Dos Vaksin Pertama

8.2% Populasi Kanak-Kanak Telah Lengkap Dos Vaksin Pertama

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Setakat Rabu ini, sejumlah 289,912 atau 8.2 peratus populasi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Berdasarkan data di laman web CovidNow, sebanyak 13,607,475 atau 57.8 peratus populasi dewasa dalam negara pula telah menerima dos penggalak Covid-19; sejumlah 22,940,521 individu atau 97.5 peratus telah lengkap vaksinasi, manakala 98.7 peratus atau 23,217,374 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Menerusi laporan Bernama, sejumlah 2,797,227 remaja yang berusia 12 hingga 17 tahun, atau 89.9 peratus daripada kumpulan itu telah lengkap divaksinasi, manakala 2,878,738 atau 92.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi tempoh 24 jam lepas, sebanyak 164,572 dos vaksin diberikan meliputi dos pertama sebanyak 45,251 termasuk 42,659 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun…

dos kedua (1,637) dan dos penggalak (117,684) menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin diberikan di bawah PICK meningkat kepada 65,524,828 dos.

Menurut data di portal GitHub Kementerian Kesihatan sebanyak 21 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan Sabah melaporkan sembilan kes, masing-masing empat kes di Johor dan Perak; Kedah (dua); serta masing-masing satu kes di Kelantan dan Negeri Sembilan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di media sosial pagi Khamis memaklumkan kadar kebolehjangkitan (Rt) negara mencatatkan 1.32 pada Rabu dengan Labuan merekodkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.96 diikuti Sarawak (1.56) dan Sabah (1.51).