KUALA LUMPUR – Tindakan UMNO menggantung tugas Ketua Pegawai Media Barisan Nasional (BN) kononnya selepas tersilap menyiarkan kenyataan Dato’ Seri Zahid Hamidi dipertikaikan.
Setiausaha Eksekutif BN, Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz dalam satu kenyataan media (kelmarin) berkata berlaku kekeliruan terhadap kenyataan media Pengerusi BN berikutan kekhilafan seorang pegawai di Sekretariat BN
“Merujuk kepada kenyataan media oleh Pengerusi BN bertarikh 4 Mac 2021, Ahmad Zahid memaklumkan ada sedikit kekeliruan terhadap kenyataan media berkenaan atas kekhilafan pegawai di Sekretariat Barisan Nasional.”
Sehubungan dengan itu Ketua Pegawai Media Barisan Nasional (BN) digantung sebulan berkuat kuasa serta-merta bagi membolehkan siasatan berhubung kekhilafan kenyataan media Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengenai persidangan Parlimen.

Sebelum itu Pengerusi BN, Zahid Hamidi merayu agar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, untuk menitahkan sidang Parlimen diadakan segera.
Zahid turut mengesyorkan ahli Dewan Rakyatnya supaya menyeru Perdana Menteri dan Jemaah Menteri menghormati titah baginda supaya sidang Parlimen diadakan segera, lebih-lebih lagi selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan.
Dalam pada itu TIGA (3) komponen Barisan Nasional menempelak kenyataan Zahid Hamidi yang mendakwa bahawa BN merayu kepada Yang di-Pertuan Agong agar menitahkan supaya sidang parlimen diadakan segera.
MIC, MCA dan PBRS dalam satu kenyataan berasingan mengesahkan dakwaan bahawa Dewan Tertinggi BN tidak setuju berhubung kenyataan media yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO.

“Barisan Nasional tidak pernah menyokong sebarang keputusan untuk merayu Yang di-Pertuan Agong menitahkan Parlimen bersidang dengan kadar segera.”
Sebelum itu Zahid turut dikecam oleh sebilangan besar pimpinan dan ahli UMNO apabila surat kenyataan media meminta agar Dewan Rakyat segera bersidang sama dengan kenyataan akhbar Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.