ADA MP KERAJAAN SENGAJA TIDAK UNDI AKTA SOSMA

ADA MP KERAJAAN SENGAJA TIDAK UNDI AKTA SOSMA

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Usul lanjutan Subseksyen Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) yang gagal mendapat sokongan baru-baru ini akan dibentangkan semula, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini.

Beliau melahirkan kekecewaan terhadap Ahli Parlimen kerajaan yang tidak hadir semasa proses pengundian tersebut di Dewan Rakyat Rabu lalu, yang membawa kepada usul yang dibentangkannya itu gagal diluluskan.

“Sudah tentu, saya tidak begitu gembira. Sebahagian daripada mereka (Ahli Parlimen) sudah berada di Dewan. Saya boleh namakan mereka…

“Mereka keluar dewan apabila tiba masa untuk mengundi. Itu tidak adil,” katanya selepas melancarkan Hari Polis Negara ke-215 di Pusat Latihan Polis di sini.

Ditanya mengapa beliau menganggap beberapa ahli parlimen kerajaan meninggalkan Dewan semasa proses pengundian, beliau berkata denga ringkas: “Kerana mereka benci wajah saya”.

Beliau mendakwa banyak jenayah terancang berlaku selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dimansuhkan pada 2012.

“Kita melaksanakan Sosma dengan memberi 28 hari (tahanan) yang kompromi untuk semua pihak.

“Apabila tamat Julai ini, bermakna akta itu masih ada cuma prosedur 28 hari tidak ada lagi. Jadi, kalau kita nak tangkap jenayah yang ada sindiket besar yang ramai, perlu menggunakan Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) dan dibawa ke Majistret. Apa akan jadi?,” katanya.

Beliau berkata, tempoh tahanan Sosma sehingga 28 hari melalui pindaan Subseksyen 4(5) itu penting bagi membolehkan individu ditahan disiasat satu persatu dan bagi tujuan pengumpulan segala bukti yang ada.

Beliau kemudian menegur penggubal undang-undang Pembangkang yang cuba menyampaikan cinta dan kesetiaan kepada negara tetapi menentang pelanjutan usul Sosma.

Katanya, tiada keperluan untuk duduk bersama Pembangkang pada satu meja untuk membincangkan lanjutan usul kerana MoU itu tidak menuntut perkara seperti itu.

“Sebab Pembangkang kata kita sepatutnya libatkan mereka tetapi ceritanya sebenarnya mudah, kita tidak membuat undang-undang baharu.

“Kita hanya cuba memanjangkan undang-undang yang telah sedia sebelum tarikh luput pada 31 Julai,” katanya.

Dua hari lalu, Hamzah berkata mereka yang menentang lanjutan usul itu ingin memberi ruang kepada penjenayah dan pengganas untuk menguasai negara.

Kenyataan itu dibuat selepas Dewan Rakyat gagal melanjutkan tempoh berkuat kuasa subseksyen 4 (5) Sosma selama lima tahun lagi.

Usul itu ditolak selepas keputusan undi blok di mana 84 Ahli Parlimen menyokong pelanjutannya berbanding 86 Ahli Parlimen yang tidak. Manakala 50 Ahli Parlimen tidak hadi