Remaja Perempuan Ditemui Berlumuran Darah Dalam Tandas di Penampang

Remaja Perempuan Ditemui Berlumuran Darah Dalam Tandas di Penampang

0
SHARE

PENAMPANG: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di dalam tandas sebuah rumah di Kampung Tuntuluk, di sini, tengah hari tadi.

Mangsa yang bukan warganegara dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian leher sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

“Pihak polis sedang mengesan seorang suspek lelaki berumur lingkungan 30-an bagi membantu siasatan kes,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Penampang, ASP Hairie Awang Akub di talian 016-8032849.

Katanya, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat palsu atau membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan serta menggugat ketenteraman awam.