Pasar Raya Perlu Sensitif Keperluan Pelbagai Agama – PAS

Pasar Raya Perlu Sensitif Keperluan Pelbagai Agama – PAS

0
SHARE
Dr. Aliakbar Gulasan...

KOTA KINABALU, SABAH – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa supaya pasar raya atau apa sahaja kedai perlu sensitif dengan keperluan dan sentimen pelbagai agama khususnya di Sabah.

Ini berikutan perkara yang berlaku di sebuah pasar raya di Keningau, yang menjual daging babi tanpa membuat pengasingan troli bagi kegunaan pengguna.

Setiausaha PAS Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan berpandangan ini merupakan satu penghinaan terhadap sensitiviti umat Islam.

“Pasar raya sepatutnya memahami hal ehwal agama lain ataupun perlu merujuk kepada pihak berkuasa agama terlebih dahulu…

“Saya yakin semua masyarakat di Sabah umumnya sudah saling memahami kehendak agama lain di Sabah.

“PAS Sabah mengucapkan tahniah kepada netizen yang telah memainkan peranan proaktif dalam menangani masalah ini,” katanya.

Dalam pada itu, Aliakbar juga mengucapkan tahniah kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Majlis Daerah Keningau yang telah turun sendiri menyelesaikan masalah ini.

“Saya menasihatkan semua masyarakat di Sabah khususnya peniaga pasaraya lebih sensitif dan berhati-hati dalam semua tindakan perniagaan mereka,” tambahnya.