KM MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT JKKN SABAH

KM MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT JKKN SABAH

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Sabah, di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Sarul Bahiyah Haji Abu dan Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Ag Shahminan Datuk Hj Ag Sahari.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berbincang dengan Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato’ Idris Abdullah sambil diperhatikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong dan Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah, Noor Alam Khan A Wahid Khan…

Hadir sama Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato’ Idris Abdullah; Panglima 5 Briged, Markas Divisyen Kelima Infantri, Mej Jen Datuk Haji Mohd Halim Khalid; Timbalan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Brig Jen Adnan Abu
Hassan; Ketua Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Mohd Salleh Yahya; dan Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah, Noor Alam Khan A Wahid Khan.