Pan Borneo Zon Timur Akan Selesaikan Isu Kerosakan Kinabatangan – Telupid: Bung

Pan Borneo Zon Timur Akan Selesaikan Isu Kerosakan Kinabatangan – Telupid: Bung

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Perlaksanaan empat pakej Lebuh Raya Pan Borneo Zon Timur bagi laluan Kinabatangan – Telupid bakal menyelasaikan isu kerosakan jalan raya sedia ada yang menimbulkan rungutan pengguna selama ini termasuk yang ditularkan di media sosial.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, projek ini akan menyelesaikan isu yang kerap berlaku di jalan utama terutamanya dari Batu 32 Sandakan Menghala ke simpang Sapi Nangoh dan ke Telupid.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya, projek berkenaan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

“Sementara itu Jabatan Kerja Raya akan terus meminta pihak konsesi yang terlibat untuk membaiki mana-mana kerosakan yang menjejaskan keselamatan pengguna,” katanya…

BINCANG..Bung bersama Dua Pembantu Menteri Robert ,Limus dan Setiausaha tetap berbincang sesuatu sebelum majlis berbuka puasa bermula…

Beliau menambah bahawa kerajaan tidak bercadang untuk membina semula jalanraya di laluan yang sama kerana ianya melibatkan pembaziran wang.

“Sebahagian laluan untuk Projek Lebuh Raya Pan Borneo Zon Timur akan melalui kawasan yang terlibat ditambah lagi jalanraya sedia ada ketika ini telah dibina berpuluh-puluh tahun lamanya.

“Sudah pasti ia tidak dapat menampung kenderaan berat seperti lori membawa muatan buah sawit yang saban hari melalui jalan ini antara salah sebab jalanraya cepat rosak.

“Untuk jangka masa pendek apa yang kementerian kami lakukan ialah meminta konsesi yang terlibat mengendalikan jalanraya di kawasan ini agar terus memantu dan memperbaiki kerosakan yang berlaku agar tidak menimbulkan kesukaran kepada pengguna” katanya.

SAMPAIKAN..Bung diiringi oleh Robert Mohd Jasmin menyerahkan sumbangan kepada anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Anak Kesayangan sempana program tersebut…

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis iftar bersama warga Kementerian Kerja Raya baru-baru ini.

Hadir sama, dua Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Jury dan Datuk Robert Tawik, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Datuk Mohd Jasmin Juplin, Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Ir.Haji Ali Ahmad Hamid serta pegawai pegawai kanan KKRS.

Menurut Bung, adalah menjadi tanggungjawab pihak konsesi yang telah dilantik oleh kerajaan untuk memantu dan memperbaiki jalan-jalan terlibat kerana ianya terkandung dalam perjanjian yang dipersetujui.

“Kerja-kerja pembaikan dari masa ke semasa sedang dilakukan oleh pihak konsesi bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin,” katanya…

Dimajlis tersebut turut diraikan 40 orang kanak-kanak dari rumah Anak Yatim Amal Kasih Kingfisher dan Rumah anak yatim Anak Kesayangan Sembulan dimana Bung turut menyampaikan sumbangan peribadi.

Dalam pada itu Bung menyelar sikap natizen yang tidak bertanggungjawab tanpa membuat sebarang penelitian terlalu cepat menularkan isu keroskan jalanraya di media sosial dan sasaran utamanya pemimpin, JKR dan kerajaan.

“Perlu diingat tidak semua jalanraya yang ada di Sabah dibawah kendalian Jabatan Kerja Raya…

“Ada jalan pertanian, jalan pihak berkuasa tempatan dan jalan ladang yang bukannya menjadi tanggunjawab JKR,” katanya.

Bagaimanapun, menurut beliau, jika jalan tersebut menjadi tanggungjawab Jabatan Kerja Raya, tindakan serta merta akan diambil untuk memperbaikinya setelah laporan diterima.

Dalam perkembangan yang sama Bung yang juga ADUN Lamag meminta Pejabat Daerah melalui Majlis Tindakan Daerah di negeri ini, agar dapat menyerahkan senarai status jalan terkini yang memerlukan perhatian baik pulih atau penyelenggaraan kepada Kementerian Kerja Raya Sabah (KKRS) di kawasan masing-masing, agar tindakan sewajarnya dapat dilakukan.

Menurut beliau status jalan sahih yang diperoleh dan bukan dibawah seliaan KKRS, akan membolehkan KKRS memohon dana dan perhatian daripada pihak yang bertanggungjawab terhadap jalan tersebut, sekaligus, menyegerakan proses baik pulih atau proses penyelenggaraan khususnya, terhadap jalan-jalan yang rosak.