Cadangan Di Luar Kotak Muhyiddin Ketepikan Kepentingan Politik Demi Selesaikan Masalah Utama...

Cadangan Di Luar Kotak Muhyiddin Ketepikan Kepentingan Politik Demi Selesaikan Masalah Utama Negara – Gabungan Persatuan Belia

0
SHARE
Effendee Khairul Kadrie - Ketua Penerangan, Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pantai Barat Selatan...

KOTA KINABALU, SABAH – Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pantai Barat Selatan menggesa semua pihak menyokong tindakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menitik beratkan soal rakyat serta mampu menstabilkan krisis politik negara.

Ketua Penerangan gabungan, Effendee Khairul Kadrie berkata cadangan diluar kotak pemikiran rakyat yang dikemukakan Perdana Menteri pada Jumaat baru-baru ini jelas mengetepikan kepentingan politik degan menjemput pihak pembangkang bersama-sama menyelesaikan masalah utama negara.

“Saya agak terjuga dengan apa yang telah dinyatakan oleh beliau pada sesi siaran langsung beliau baru-baru ini…

“Ianya amat berbeza jika dibandingkan dengan segelintir mereka yang hanya mementingkan kuasa semata-mata.

“Rakyat sudah tentu bijak menilai dan mahukan yang terbaik dilakukan oleh pemimpin semua parti politik dalam negara,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Katanya lagi semua pemimpin parti politik dalam negara harus fokus kepada menyelesaikan krisis kesihatan COVID-19 dan memulihkan keadaan negara bersama-sama kerana isu utama adalah wabak COVID-19 yang telah meragut banyak nyawa.

“Ini bukanlah perkara yang boleh dibawa main-main seperti segelintir pemimpin yang lebih mengutamakan kedudukan mereka…

“Apakah dengan berlakunya pertukaran kerajaan sekarang mampu menjamin seratus peratus kepada seluruh rakyat jelata yang kes-kes jangkitan COVID-19 harian akan menurun dan terus menurun?

“Sudah tentu tidak. Negara-negara lain juga berhadapan dengan krisis yang sama. Malah dapat disaksikan pada beberapa negara, kes covid yang telah turun kini kembali mencanak.

“Apakah itu semuanya silap kerajaan mereka juga? Semua kerajaan yang ada di dunia cuba sehabis baik mengatasi penularan wabak ini. Seharusnya kita juga memainkan peranan penting dalam membantu usaha kerajaan,” kata Effendee.

Cadangan yang telah dikemukakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin bukanlah untuk kekal berkuasa selama-lamanya kerana Pilihan Raya Umum ke-15 bakal dilakukan selewat-lewatnya pada Julai 2022.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan khas yang disiarkan secara langsung pada petang 13 Ogos 2021 (Jumaat)…

“Seluruh rakyat negara bakal menentukan kepimpinan negara selepas itu. Fokus utama beliau sekarang adalah rakyat…

“Pihak pembangkang seharusnya menyambut baik cadangan yang telah dikemukakan dan membuktikan kerjasama bipartisan ini merupakan keikhlasan mereka lebih mengutamakan rakyat,” tambahnya.

Menurutnya ini bakal menjadi satu sejarah indah dalam negara dimana semua pimpinan parti politik dalam negara sebulat suara dan bersatu hati dalam memberikan input membawa negara yang dicintai keluar dari segala kemelut krisis ini.

“Keterbukaan kerajaan seharusnya dijadikan peluang buat semua parti mengutarakan pandangan dan tuntutan rakyat dan hasilnya suasana politik negara yang lebih stabil…

“Kerajaan Perikatan Nasional sedar bahawasanya kerjasama bipartisan ini merupakan peluang terbaik buat semua untuk meneruskan agenda rakyat di mana rakyat menjadi fokus utama,” tegasnya.