Katakan Tidak Kepada Pemimpin Kleptokrat – Aliff Azmie

Katakan Tidak Kepada Pemimpin Kleptokrat – Aliff Azmie

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Persatuan Pengkarya Filem dan Dokumentari Bebas Sabah mengajak rakyat berfikir secara menyingkirkan pemimpin kleptokrat dalam negara ini.

Pengerusinya, Mohd Aliff Azmie mengingatkan bagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat menjadi Perdana Menteri sekarang.

“Apabila Tun Mahathir meletakkan jawatan sebelum ini, Yang Di Pertua Agong telah memanggil seluruh ahli parlimen untuk menyatakan pendirian mereka untuk menyokong siapa yang menjadi perdana menteri…

“Adakah kita mengatakan Yang Dipertua Agong punca segala punca yang memperkenan kerajaan tebuk atap konon-kononnya?

“Berbicara biarlah dengan fakta. Kalau sahaja Tun Mahathir tidak meletakkan jawatan, semua ini pasti tidak berlaku,” katanya.

Tun Dr Mahathir Mohamad…

Aliff tertanya apa yang menjadi kegilaan segenap lapis masyarakat yang mahukan Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan sekarang menjadi kenyataan.

“Persoalan seterusnya siapa yang menggantikan beliau selepas itu?

“Anwar Ibrahim? Beliau sehingga hari ini gagal mengemukakan berapa jumlah sokongan terhadap beliau. Betulkah geng kluster mahkamah menyokong beliau? Jika betul, mahukah DAP bersama-sama blok mereka? Sudah tentu tidak.

“Zahid Hamidi? Najib Razak? Mereka-mereka yang sedang menunggu nasib perbicaraan mereka di mahkamah kerana salah guna kuasa? Menyamun duit negara? Najib sendiri sudah terbukti bersalah di mahkamah.

“Dengan semua yang menawarkan diri sekarang untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya, adakah mereka semua mempunyai majoriti yang cukup? Sudah terang lagi bersuluh,” tegas beliau.

Beliau menyimpan keyakinan kepada Agong yang akan lakukan perkara yang sama semula dengan memanggil balik semua ahli parlimen untuk menyatakan sokongan siapa menjadi Perdana Menteri yang baru sehinggalah PRU 15 akan datang.

“Anwar? Zahid? Najib? Kuli? Adakah diantara mereka yang bakal menerajui kepimpinan negara selepas ini?

“Sedarlah, Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba menyingkirkan mereka yang kleptokrat sekarang dan pasti ramai lagi mahukan perkara yang sama.

“Namun, pembangkang mahu juga bersama-sama geng kleptokrat jatuhkan kerajaan sekarang, akhirnya rakyat yang merana dikala pandemik.

“Kenapa tidak pembangkang mainkan peranan yang sama? Singkirkan dahulu mereka yang kleptokrat ini,” jelasnya.

Beliau berkata lagi sehinggalah pilihanraya akan datang nanti, barulah rakyat menentukan siapa yang bakal memerintah negara.

Dalam pada itu, beliau mengingati rakyat untuk katakan tidak kepada pemimpin kleptokrat.