KPS Gesa Gencatan Politik Sehingga PRU-15, Bersama Pulihkan Negara Daripada Pandemik

KPS Gesa Gencatan Politik Sehingga PRU-15, Bersama Pulihkan Negara Daripada Pandemik

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Persatuan Skuad Komuniti Prihatin Sabah (KPS) menyambut baik cadangan Kerajaan Malaysia dalam kenyataan Perdana Menteri pada 13 Ogos bersama memulihkan negara dalam keadaan pandemik COVID-19 ini.

Pengerusi Skuad KPS, Mohd Taufik Ismail berkata semua pihak samada daripada kerajaan atau pembangkang perlu berganding bahu dalam memfokuskan membantu negara dalam mengekang pandemik COVID-19 ini daripada terus melanda Malaysia.

“Ini dapat dilihat dengan tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kesediaan dan keterbukaan kerajaan untuk berbincang bersama semua pihak termasuk parti politik pembangkang bagi mengutamakan isu rakyat dan negara dalam tempoh pandemik ini…

“Kerjasama bipartisan ini diharapkan akan membawa negara malaysia lebih maju ke hadapan dan mencapai kemenangan bersama dalam mengharungi pandemik COVID-19 ini.

“Pada masa kini, pertukaran kepimpinan dan kerajaan sedia tidak akan menjamin kejayaan kemenangan kepada pandemik ini malahan ia akan merencatkan perancangan sedia ada terutama program vaksinasi dalam usaha kita untuk mencapai imunisasi kelompok,” katanya.

Mohd Taufik Ismail…

Pada masa ini, Taufik mengingatkan bahawa semua pihak perlu memikirkan cara untuk membantu keperluan asas serta cara memulihkan ekonomi rakyat dan negara.

“Oleh yang demikian, GENCATAN POLITIK perlu sehingga PRU15 akan lebih menstabilkan negara dan akan memastikan pemilihan kepimpinan baru adalah daripada mandat dan kuasa rakyat untuk menentukan siapa yang akan memimpin dan mentadbir negara,” jelas beliau.