Virus COVID-19 Penyebab Lemah Syahwat, Bukan Vaksin

Virus COVID-19 Penyebab Lemah Syahwat, Bukan Vaksin

0
SHARE

FLORIDA, AMERIKA SYARIKAT – Satu kajian daripada University of Miami mendedahakan virus COVID-19 yang menjangkiti manusia boleh menyebabkn lemah syahwat.

Ini sekaligus menyangkal khabar angin yang mengatakan vaksin COVID-19 penyebab kepada masalah tersebut.

Terdahulu, khabar angin yang merebak sepantas varian Delta pada media sosial itu telah menambah kerisauan terutamanya bagi kaum lelaki.

Pengarah pakar reproduktif Ranjith Ramasamy berkata virus COVID-19 menjejaskan saluran darah dalam badan termasuklah ke ‘anu’ (merujuk kepada zakar lelaki).

“Apa yang lebih menarik adalah kehadiran virus itu dalam tisu alat kelamin lelaki sehingga sembilan bulan selepas dijangkiti,” katanya.

Kajian tersebut, menurut sumber Scientific American dilakukan terhadap beberapa individu mati pucuk yang terpaksa menggunakan implan.

“Seperti virus yang lain, SARS-CoV-2, turut merebak ke testis di mana ia boleh menyebabkan kerosakan…

“Satu biopsi ke atas enam (6) tisu testis dari mayat mangsa COVID-19 menunjukkan virus masi berada dari satu sampel sperma dan kekurangan bilangan sihat dalam tiga lagi sampel lain.

“Satu sampel dari pesakit yang sudah sembuh menunjukkan virus itu masih berada dalam testis,” Ramasamy berkata.

Namun tiada susutan dalam bilangan sperma sihat selepas individu lelaki divaksin.

“Khabar angin vaksin akan menyebabkan kemandulan dalam lelaki adalah tidak benar…

“Untuk melindungi diri dari kesan sampingan COVID-19 terhadap fungsi seksual dan organ reproduktif kita adalah bagi mengambil vaksin,” kata Ramasamy.